Takdir Cinta Kita - 2

BAB 2

BEBERAPA KALI TELEFON BIMBIT Rudy Adriel bergetar namun tidak dijawabnya. Dibiarkan sahaja terus bergetar di dalam poket seluarnya kerana telefonnya kini dalam ‘silent mode’. Rudy sibuk mengurut. Dia perlu segerakan urutan itu tetapi jika mahu menjawab panggilan itu dia perlu meminta tangguh daripada pelanggan bagi memberikannya ruang untuk bercakap. Urutannya tadi bertambah kasar sehingga pelanggan lelaki yang diurutnya itu mengadu dan terseringai kesakitan pada bahagian litapan lutut.
“Auh!” Adu pelanggan.
Sorry.” Balas Rudy sepatah.
Sudah lama dia berkerja di rumah urut itu dan baru sebentar tadi urutannya terasa kasar. Semua ini kerana dia terlepas perasaan geram. Kaki pelanggan pula menjadi mangsa. Apa kena dengan aku ni? gumam Rudy sendiri.
Nampak gayanya Rudy terpaksa menghabiskan kerjanya. Urutan demi urutan diberikan kepada pelanggan. Mutu perkhidmatan mesti dijaga jika dia mahukan duit lebih. Ada kalanya ada di antara pelanggan mahukan lebih dari sekadar urutan tetapi selagi mampu Rudy menghalang namun setelah ditawarkan wang yang banyak akhirnya mengalah dan menurut kehendak pelanggan.
Kini bukan sahaja sekadar khidmat mengurut malah khidmat seks juga diberikan kepada pelanggan. Tidak semua pelanggan dilayani oleh Rudy. Dia melihat juga bagaimana orangnya. Tidak mudah dia menurut jika wang yang diberikan Cuma sedikit. Berbekalkan pakej wajah dan badan yang cantik mestilah berpatutan. Di usia dia mencecah tiga puluh tahun itu memang langsung tak terlihat dari wajah. Dia kelihatan lebih muda dari usia. Dia menjaga kulitnya. Dia menjaga kebersihannya. Pendek kata Rudy seorang yang begitu menitikberatkan soal kebersihan.
Tangan pelanggan yang berdarah campuran Bugis dan Cina itu mula bertindak liar. Tempat di mana alat sulit Rudy berada sengaja disentuh. Rudy berhenti mengurut setelah tamat satu jam. Sementera itu pelanggan tersebut memujuk Rudy supaya melakukan hubungan seks bersamanya. Rudy cuba menolak kerana dia berasa letih dan tambah pula dia mahu menghubungi Naem. Dia risau Naem mengamuk. Masih lagi terdetik perasaan bimbang dan takut terhadap Naem.
Bilik yang dingin itu menambahkan lagi syahwat pelanggan itu. Dari tadi dia cuba melahirkan hasrat agar Rudy menurut akan tetapi Rudy enggan.
“Kenapa awak tak nak?” Tanya Razali yang sudah bangun terduduk di birai katil. Seluruh badannya berlumuran minyak urut. Rudy yang berdiri di hadapannya dipegang tangan. Rudy membiarkan sahaja. Rudy yang hanya berseluar denim tidak berbaju itu mengeluh kasar.
“Selalu awak turut je kenapa sekarang membantah? Saya selalu mahu awak yang mengurut. Saya tak nak orang lain yang urut saya. Tapi urutan awak kurang bagus berbanding sebelumnya dan sata betul-betul tidak berpuas hati.” Komen Razali mengenai cara urutan Rudy yang jauh berubah.
Tangan Rudy ditarik sehingga membuatkan dia terduduk bersebelahan dengan Razali. Rudy sedikit hampa. Memang dia sering terlanjur dengan Razali. Tetapi itu hanyalah seks semata-mata. Tiada cinta dan tiada kasih sayang. Yang ada hanyalah untuk kepuasan pelanggan. Dia rasa serba salah pada Naem. Rudy selalu menipu Naem.
Perlahan-lahan tubuh Rudy direbahkan pada katil lalu Razali terus memeluk tubuh sasa Rudy untuk mendapatkan kepuasan namun Rudy tidak rela. Kali ini dia tidak mahu ulangi lagi. Dia segera bangun dan menjarakkan dirinya daripada Razali.
“Please, saya sanggup bayar berapa sahaja yang awak nak. Seribu? Dua ribu? Saya sanggup bagi berapa sahaja yang awak mahu tetapi awak mesti setia dengan saya dan berhenti kerja dekat sini.” Razali membuat tawaran hebat. Rudy terdiam sejenak dan dahinya berkerut rapat. Dirinya sukar mempercayai tutur bicara lelaki yang baru dikenalinya tiga bulan lepas sahaja.
Semenjak lelaki berkenaan menerima khidmatnya sebagai tukang urut di sebuah rumah urut, Fresh Massage di Jalan Kenanga berhampiran dengan kedai kasut Gee Enterprise. Fresh Massage sudah sudah lima tahun beroperasi itu malah menerima pelanggan dari segala peringkat termasuk hartawan dan juga golongan koperat. Dari situ Rudy serba sedikit telah mengenali hati budi Razali meskipun tidak sepenuhnya. Kadangkala Rudy berasa dangkal dalam memberikan alasan namun ia mengundang kejanggalan akibat dari rasa resah yang bersarang itu memakan diri.
Razali pula tidak berputus asa memujuk dan terus memujuk agar Rudy menerima tawaran itu. Beberapa kali dahi Rudy dikucup tanpa relanya. Tangan Rudy dicium juga tanpa relanya lantas pipi serta puting dada juga turut diambil kesempatan. Dek kurang selesa maka Rudy menepis setiap gasakan Razali itu. Dia langsung tersedar dan berganjak lagi tatkala lelaki itu semakin ghairah.
“Cukup bang…” Rayu Rudy.
“Abang? Cuba ulang sekali lagi” Pinta Razali namun Rudy hanya tertunduk membisu. “Pertama kali saya dengar awak panggil saya abang.” Sambung Razali lagi yang berkeadaan separuh bogel itu.
Untuk pertama kalinya itulah yang terpacul dari bibir merah Rudy. Mata Rudy mula layu merapatkan lagi dagunya sehingga ke paras dada. Dia tunduk hampa kerana lidahnya terlalu laju mengungkapan perkataan itu. Sebagai lelaki yang berjiwa lembut sepertinya memang sukar untuk melemparkan kata-kata kesat akan tetapi jika tercabar sudah pasti semua itu akan menjadi realiti. Perkataan yang berunsur makian akan tercalit sekiranya Razali masih berdegil.
Mungkin sukar untuk diramalkan keinginanannya. Ada kalanya dia mudah marah, ada kalanya dia mudah melenting tetapi semua itu berkurung di dalam hatinya sahaja. Terlalu lama dia memendam rasa. Dia menanggung sendiri perasaan gusar, hiba, hampa dan kecewa. Kadang-kadang tu dia rasa tidak selesa dengan apa yang di ada sekarang. Dia kurang selesa dengan masalah kongkongan. Jika aku bersama Razali, adakah dia akan mengongkong aku jugak? Bisik hatinya tertanya-tanya dalam membuat keputusan. Otaknya mula ligat mencari akal.




RUDY ADRIEL MENDIAMKAN DIRI. Diikut sahaja ke mana mahu dibawa pergi. Tidak pula dinyatakan ke mana Razali mahu pergi. Apa yang pasti Razali mahu bersama dirinya. Dia juga dapat merasakan bahawa Razali sebenarnya sedang kesunyian. Tetapi dia tidak tahu latar belakang Razali sepenuhnya.
“Rudy…” Panggil Razali lembut sambil memandu Skyline GT-R berwarna biru air. Sebuah kereta mewah yang sungguh selesa dan begitu menarik. Harganya juga boleh tahan. Cuma golongan yang berpendapatan tinggi mampu memiliki kereta sedemikian. Begitu juga dengan model dan jenama kereta mewah yang lain. Kualitinya sangat bagus jika dibandingkan dengan kereta lain.
Rudy memandang wajah Razali. Direnung sedalamnya. Rudy hanya memerlukan ruang untuk membebaskan hatinya sahaja dari terus dibelenggu keresahan. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sebagai jalan penyelesaian terbaik.
“Semenjak kematian isteri saya tiga tahun lalu, saya sunyi.” Ujar Razali meluahkan perasaan kepada Rudy. “Saya ada anak. Erni dan Erna, anak kembar perempuan saya.” Sambung Razali lagi manakala Rudy hanya memasang telinga sahaja.
“Awak nak jumpa dengan anak saya tak?” Razali melanjutkan kata-katanya sekilas menoleh ke arah Rudy.
“Untuk apa awak ceritakan semua tu pada saya?”
“Kerana saya percayakan awak.” Jujur Razali menjawabnya.
“Awak tak boleh percayakan saya. Saya bukannya orang baik. Lagipun…” Rudy mematikan kata-katanya. Dia juga tidak pasti sama ada perlu memberitahu Razali perkara sebenar ataupun tidak. Rudy sudah ada pasangan. Rudy ada Naem. Serlama ini Naem yang banyak menolongnya. Susah dan senang hidupnya selama lima tahun adalah dengan Naem. Tidak sanggup pula rasanya dia mengkhianati cinta lelaki lembut persis wanita itu.
“Kerana Lys?” Balas Razali menyambung kata-kata Rudy tadi. Terbuntang mata Rudy saat nama Lys meniti di bibir Razali.
“Erm…” Jawab Rudy.
“Okey, apa kata kita pergi lunch dulu.” Pelawa Razali mula berdolak-dalik setelah menimbulkan tanda tanya kepada Rudy.
Rudy seolah-olah kehilangan kata-kata. Dia terkesima tatkala nama yang dia tak pernah sebut pun selama ini kepada Razali didengari dari mulut Razali sendiri sebentar tadi. Dia tertanya-tanya, apakah kaitan Razali dengan Lys? Rudy berkerut dahi rapat.
“Nanti saya cerita. Awak jangan buat muka macam tu, tak comel.” Ujar Razali sambil memaut setereng kerete ke sebelah kanan.
“Siapa kata saya comel?” Laju Rudy bertingkah.
“Actually… you cute…” Sengaja Razali mengambil hati Rudy. Sememangnya Rudy terlalu comel. Saat tersenyum jelas mempamerkan kebahagiaan. Tetapi apabila dengan Razali… kerutan dahi Rudy jelas kelihatan. Semua ini gara-gara terdapat kaitan dengan hati dan perasaan.
“Thanks.” Balas Rudy sepatah lalu memeluk tubuhnya sendiri sambil mengheretkan pandangannya matan ke luar tingkap kereta.




BERSAHAJA CARA HARIEZ DANIAL berjalan. Kedua-dua belah tangannya berada di dalam kocek. Dia melangkah sambil bersiulan menunjukkan riak wajah sedang gembira. Dia senang bersinglet dan berseluar pendek. Pada petang itu dia melangkah sendiri untuk mendamaikan hatinya. Hakikatnya hati itu tidak pernah tenang malah sentiasa bergoncang.  Biarlah dia hiburkan hati sendiri daripada terus mengingati perkara sepuluh tahun lalu yang begitu menyakitkan.
Setelah puas meninjau kawasan membeli belas itu, dia duduk di bangku tersedia. Dia tidak membeli tetapi sekadar membuang waktu sahaja. Itulah yang sering dia lakukan kerena tidak mahu berkerja di syarikat papanya. Sudah berapa kali dia minta untuk berkerja sendiri tetapi papa dan mamanya selalu menghalang. Bukan itu sahaja, untuk tinggal berasingan juga tidak dibenarkan. Aku bukan anak perempuan! Bentak hatinya setelah teringat keadaan dirinya.
Dalam dia mengelamun sendirian, dia teringat pula kata-kata Mira pada tengah hari tadi sewaktu berada di dapur. Ketika itu Mira sedang memasak untuk makan tengah hari.
“Bapak nggak mau kahwin atau apa sih? Usia udah lanjut nanti makin kerepot.” Mira memandai-mandai komen perihal Hariez.
“Iya-iyalah, kalau kahwin sama kamu sahaja bisa ngga?” Sengaja Hariez berseloroh dalam nada Indonesia. “Tapi kenapa kau panggil aku ni bapak pulak sedangkan kau tahu aku belum kahwin?”
“Iyalah, bapak sudah berusia gitu lho. Apa mau saya panggil kamu mas? Biar benaran mas mahu nikahi saya kerana saya sudah punya pacaran kok. Mana mungkin laki-laki bisa hidup bermadu nanti.” Mira menutur lanjut.
“Dari mana kau tahu aku berusia?”
“Datin ngomong sama saya, kamu sudah berusia 32 tahun… pria lanjut deh…”
“Mama ni ada-ada saja.” Gumam Hariez. Rasa kurang senang setelah Mira orang gaji itu suka ambil tahu. Ini yang membuatkan Hariez berasa rimas.
“Okey. Panggil saya tuan. Tuan Hariez, faham?”
“Okey, ngerti Tuan Hariez.” Jawab Mira. “Tuan…” Panggil Mira sewaktu Hariez mula melangkah sesudah meneguk segelas air suam di dapur itu. Hariez mengangkat kening sahaja supata Mira meneruskan sahaja ucapan. “Cowok pagi tadi itu ganteng banget, apa sudah punya cewek belum?” Mira malu-malu kerana hati sudah bertaut pada kawan Hariez. Dia tahu siapa yang Mira maksudkan itu. Sudah pasti adalah Kimy.
Tersengih sendiri Hariez mengenangkan sikap Mira pada tengah hari tadi. Pada waktu itu Kimy sudah pulang. Saat ini pula ingatkan Hariez menangkap ingatan pada Kimy pula. Dia cuba mengingatkan semula Kimy pada pertolongan yang diharapkan itu. Dia mengeluarkan iphone 4s miliknya dari poket  itu lantas dihubungi Kimy. Tidak lama selepas itu Kimy menjawab panggilan.
“Kau tengah buat apa tu.”
“Aku tertidur.” Jawab Kimy dengan suara serak-serak basah baru bangkit dari lena.
“Petang macam ni pun tidur. Memang tak berubah kau ni dari dulu sampai sekarang.”
“Aku demam ni berendam dalam kolam di rumah kau tu la. Betul-betul demam.” Balas Kimy. Hariez tergelak kecil. Buat-buat tak sihat sampai sanggup ambil MC, sekarang Kimy betul-betul tak sihat. Kasihan juga Hariez mendengar rintihan Kimy tu.
“Malam ni tak jadi ke?” Hariez meningatkan Kimy.
“Kau dekat mana ni, bising semacam je.” Tanya Kimy berdalih.
“Aku di Happy Mall ni.” Beritahu Hariez setelah halwa pendengaran Kimy menangkap bunyi keadaan yang agak bising menganggu perbualan. Tempat membeli belah begini memang terdapat ramai orang. “Aku tanya malam ni jadi ke tak?”
“Demi kau, kira jadi.” Jawab Kimy. Walaupun demam menyerang, Kimy tetap mahu membantu kerana kesanggupannya bersetuju.
“Tapi kau demam… erm…”
“Tak apa.”
“Lain kalilah…” Hariez pula rasa serba salah kerana membebankan Kimy. “Kau rehatlah dulu, nanti aku melawat kau ye.” Ujar Hariez. Setelah berbual dia mematikan panggilan telefon. Dia kembali termenung. Agak lama dia di situ dan dia mula rasa dahaga mahu mencari air. Dia bangun dari duduknya lantas melangkah. Tiba-tiba terdengar suara orang memanggilnya.
“Encik!”
Cepat-cepat Hariez menoleh. Tercegat seorang lelaki di belakangnya setelah bahunya dicuit. Dipandang atas dan bawah. Seorang lelaki yang juga berbadan sasa dan tegap sedang tersenyum ke arahnya. Hariez kehairanan kerana dia tidak mengenali lelaki itu. Dia tidak pernah melihatnya bahkan tidak pernah bercakap walaupun sepatah.
“Telefon encik, tertinggal di bangku tu. Saya pulangkan,” Iphone 4s milik Hariez dihulurkan. Lantas Hariez menyambutnya seraya mengucapkan terima kasih. Nasib baik ada orang awam yang prihatin dengannya. Hariez sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh terletak Iphone itu di atas bangku dan terus melangkah. Jika salah orang yang melihat gajet berkenaan sudah pasti hilang tanpa dipulangkan semula. Mujurlah ia selamat. Bukan kerana ia terlalu mahal tetapi terlalu banyak perkara yang terkandung di dalam tu. Termasuklah nota dirinya. Iphone peribadi dijadikan diari hidup. Hariez suka mencoretkan rasa di situ serta segala urusan banking online digunakan melalui telefon. Usai mengucapkan penghargaan, Hariez berlalu dari situ dan melangkah ke 7 Eleven membeli setin minuman agar hausnya hilang.

2 comments:

  1. at first i thought rudy was a girl,baca n terus baca, rupa2nya lelaki,best.dah terbit ke bukunya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rudy tu laki-laki, cara hidupnya begitu.

      buku,,, belum ada lagi, cover tu just suke-suke jew =_=

      Delete